JOHOR BAHRU - Persatuan Superbiker Malaysia (SAM) meminta Kementerian Kewangan mengambil tindakan terhadap syarikat insurans yang menaikkan harga perlindungan insurans bagi motosikal berkuasa tinggi.
Presidennya Datuk Abdul Halim Sulaiman berkata, kenaikan insurans motosikal berkuasa tinggi itu membebankan kerana ia melonjak sehingga 30 peratus pada tahun ini.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata tindakan syarikat insurans terbabit turut memberi kesan terhadap kedudukan industri motosikal berkuasa tinggi di negara ini, dengan kebanyakan peminatnya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membeli motosikal berkuasa tinggi.
SAM, katanya yang mempunyai kira-kira 6,000 anggota di seluruh negara, turut kecewa dengan tindakan syarikat insurans yang enggan memberi perlindungan insurans terhadap motosikal berkuasa tinggi yang sudah selesai membayar pinjaman bank.
Abdul Halim berkata, ramai di kalangan ahli persatuan itu dan pemilik motosikal berkuasa tinggi menghadapi masalah mendapatkan perlindungan insurans dengan majoriti syarikat insurans menolak permohonan mereka dengan alasan berisiko tinggi.
"Ramai di kalangan pemilik motosikal berkuasa tinggi benar-benar kecewa dengan syarikat insurans yang enggan membenarkan mereka mendapatkan perlindungan insurans terhadap motosikal mereka. Ia amat tidak adil," kata beliau. - Bernama
Persatuan Superbiker kecewa sikap syarikat insurans
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Gred gaji bakal diselaras
- NGO : Himpunan Sabtu ini bukan untuk guling kerajaan
- AirAsia perjelas isu halang pulang
- Fadzilah Kamsah mohon maaf
- Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan
- Pintu belum tertutup untuk Azmin pulang
- Imigresen sedang laksana pembaharuan pasport Malaysia
- Najib serius naik taraf hidup masyarakat India
- Nasrudin: Gesaan Umno-Pas bersatu ungkapan jenaka
- Tahan Adam Adli, adakah BN takut?
- GST Idris Jala bercanggah kadar Kementerian Kewangan
- Menteri: Ramai muflis jika harga kereta turun seperti disaran Pakatan
- Cuepacs mahu kakitangan awam sabar, tunggu pengumuman akhir tahun
- Fuziah: 'Kerajaan patut terima kasih kepada saya'
- Polis KL nafi gari Adam Adli dalam lokap
- Jurutera Malaysia reka "Vololights" selepas nyaris maut
- Pengajaran untuk BN Selangor
- LHDN: Individu pendapatan bercukai bawah RM5,000 bebas cukai
- Rakyat perlu boikot
- Zahid: Dalang ceroboh Lahad Datu tidak didedah




