SINAR HARIAN dengan ini menyusun jari sepuluh memohon maaf kerana kesilapan menyiarkan artikel bertajuk ‘Baca Ini Dahulu Sebelum Jatuhkan Kerajaan’ menggunakan nama Datuk Dahlan Maamor di Sinar Harian Online pada 13 Februari.

Artikel tersebut sebenarnya ditulis oleh seorang penulis lain, Azman Husin dalam sebuah portal berita.

Apabila menyedari beliau tiada kena mengena dengan artikel itu, kami telah menarik balik penyiarannya.

Kesilapan menyiarkan artikel tersebut tanpa kaji selidik mengenai kesahihan penulisnya telah menjatuh dan mencalarkan imej beliau sebagai pengacara dan penulis yang disegani.

Sinar Harian kesal kesulitan yang dialami beliau ekoran daripada kekeliruan dan kesilapan dalam penyiaran artikel tersebut.

Sekian,  terima kasih.