MARAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan esok dan Ahad ini di ibu negara.
 
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, perhimpunan tersebut telah pun diharamkan oleh pihak polis dan menjadi satu kesalahan jika ada pekerja yang didapati menyertainya secara sukarela. 
 
"Berdasarkan undang-undang yang ditetapkan, Perkeso hanya melindungi pekerja yang terbabit dalam kemalangan ketika bekerja selain ditimpa kecelakaan dalam perjalanan pergi serta pulang ke tempat kerja masing-masing.
 
"Melainkan jika mereka ditugaskan atau terperangkap dalam perhimpunan, itu kita akan lihat menerusi akta Perkeso. 
 
"Jika mereka sengaja menyertai perhimpunan haram itu, Perkeso tidak akan melindunginya walaupun berada dalam waktu bekerja," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada bakal jemaah haji, pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bantuan cermin mata kepada pelajar miskin serta warga emas dalam Parlimen Maran di sini hari ini.
 
Ismail dalam pada itu turut menegaskan pihak kementerian juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan kementerian tersebut yang didapati menyertai perhimpunan haram berkenaan.
 
"Saya nasihatkan kepada semua jangan sertai perhimpunan itu...banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan," katanya.
 
Dalam pada itu mengulas mengenai isu pemberhentian 300 pekerja Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah yang tersebar di laman sosial, Ismail berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung perkara itu.
 
"Kami akan teliti dahulu laporan mengenainya (sebaik laporan diterima) dan akan ambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan itu.
 
"Kebiasaannya pihak kementerian akan membantu mereka dengan menambah kemahiran baharu menerusi kursus tertentu bagi memastikan mereka mendapat pekerjaan semula," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengumumkan kenaikan kadar pencen di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan mulai 1 September tahun ini.
  • KUALA LUMPUR - Pemandu teksi konvensional dan penyedia perkhidmatan pengangkutan dalam talian seperti Uber dan GrabCar disaran mencarum dalam Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membolehkan mereka menikmati faedahnya.
  • KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mewujudkan Pelan Induk Pelaburan Strategik selama lima tahun membabitkan semakan dasar, strategi portfolio dan pengurusan serta semua kelas aset dan pembolehubah.
  • KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) belum menerima maklum balas daripada kerajaan mengenai tuntutannya agar menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (MPGK) sejak Disember tahun lalu.
  • GEORGETOWN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menyampaikan cek bayaran faedah pengurusan jenazah kepada keluarga T. Nhaveen, yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang Khamis lepas setelah cedera parah dipukul sekumpulan lelaki.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.