MARAN - Para majikan perlu meningkatkan kempen keselamatan semasa dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja berikutan lebih 40 peratus pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas.

Timbalan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang, Rosmanita Mohamed berkata pada tahun lepas sahaja, seramai 24,249 daripada 59,897 pencarum telah terbabit dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara.

"Pada tahun lepas sahaja, Perkeso telah membayar pampasan sebanyak RM1.71 bilion kepada pencarum yang terlibat dalam kemalangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja di kilang sawit Felcra Maran, dekat sini, hari ini.

Katanya sebahagian  besar kemalangan jalan raya yang berlaku ialah ketika pencarum berada dalam lingkungan tiga atau empat kilometer ke tempat kerja atau ketika balik ke rumah.

"Majikan tidak boleh menganggap keselamatan waktu pergi dan balik kerja bukan menjadi tanggungjawab mereka, anggapan seperti itu adalah salah kerana pekerja mereka yang ditimpa kemalangan juga boleh menyebabkan mereka (majikan) menanggung kerugian kerana kehilangan modal insan yang cekap dan terlatih," katanya.

Katanya melalui program seperti hari ini, Perkeso berharap dapat memberikan kesedaran dan mengurangkan kemalangan jalan raya di kalangan pencarum.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MARAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjaya memberi peluang bekerja semula kepada kira kira 14,000 pencarumnya yang hilang upaya kerja dalam Kempen "Jom Kembali Bekerja" bagi tempoh tiga tahun ini.
  • MARAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan esok dan Ahad ini di ibu negara.
  • MARAN - Hanya 18.6 peratus atau 372,000 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berumur 40 tahun ke atas menggunakan baucer bagi menjalani pemeriksaan kesihatan percuma setakat akhir bulan lepas.
  • MARAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasar untuk mengurangkan kemalangan di kalangan pekerja dalam pelbagai sektor industri di negara ini melalui kempen secara agresif yang dilakukan Kementerian Sumber Manusia.
  • MARAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar elaun RM500 sebulan kepada mereka yang menjaga 'orang hilang upaya khas' menerusi Skim Bayaran Layanan Sentiasa (ELS) mulai tahun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.