KUALA LUMPUR - Sebuah yayasan akan ditubuhkan bagi mengumpul dana bagi membantu saintis tempatan menjalankan penyelidikan berskala besar di benua Antartika.
Yayasan itu yang dinamakan 'Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan' yang merupakan kerjasama antara kerajaan dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) akan mengumpul dana bagi membina fasiliti penyelidikan negara di Antartika yang akan digunakan saintis tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif ASM Dr Ahmad Ibrahim berkata saintis Malaysia telah mula menjalankan penyelidikan di Antartika sejak 1999, tetapi terpaksa menumpang fasiliti dan kelengkapan penyelidikan di Pangkalan Scott yang dikendalikan oleh New Zeland.
"Kita telah menyertai Triti Antartika pada 2011 dan kita memerlukan pusat penyelidikan sendiri agar dapat memudahkan saintis negara menjalankan kajian dan penyelidikan khusus untuk kepentingan sains negara," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam rancangan terbitan Radio 24.
Katanya sejak 1999 hingga 2010, 62 ekspedisi saintifik telah dilakukan melibatkan 60 penyelidik.
Kesungguhan kerajaan Malaysia untuk menjadi salah sebuah negara pengkaji utama di benua Antartika mendapat perhatian Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pada 21 November 2011 Sultan Mizan yang ketika itu merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-13, menjejakkan kaki ke Antartika di mana baginda tiba di benua selatan itu dengan pesawat khas C-17 Globe Master Tentera Udara Amerika Syarikat yang mendarat di Lapangan Ais Pegasus, sebuah lapangan terbang yang dibina di atas lautan ais yang beku.
Baginda melawat Castle Rock dan Kem Lapangan Latihan Antartika dengan menaiki kenderaan khas dipanggil Hagglund, iaitu kenderaan litar permukaan ais.
Baginda juga singgah melawat pondok yang digunakan oleh Kapten Scott pada tahun 1910-1912 di Cape Evans dan pondok Sir Ernest Shackleton pada tahun 1907-1909 di Cape Royds. Kedua-dua pondok tersebut kini menjadi destinasi bersejarah dan ikon bagi para saintis dan penyelidik di Antartika.
Sementara itu, beliau berkata ASM akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Akademi Sains 2012 (ASMIC) pada 10 Julai yang akan menjadi medan pertemuan saintis tempatan dan antarabangsa membincangkan pelbagai isu sains dan teknologi termasuk isu kelapa sawit, tenaga dan sumber air.
"Kita (ASM) akan cuba mendapatkan pandangan daripada ahli sains yang akan menyertai ASMIC untuk mencari penyelesaian berhubung perlunya negara menggunakan sumber tenaga baharu di mana kadar pengeluaran dan pengunaan tenaga negara pada ketika ini adalah sama," katanya. - Bernama
Penyelidikan saintis tempatan Di Antartika menerusi Yayasan Sultan Mizan
Artikel Berkaitan
- Arab Saudi, Afrika minat guna teknologi SPNB
- KTMB disaran laksana model perniagaan baru
- JAS: 3 negeri kawasan larangan pembakaran terbuka
- Syarikat tempatan harus gunakan logistik halal
- Mesyuarat perundingan Bajet tumpu kewangan Islam
- Kad diskaun bantu rakyat tangani kos sara hidup
- Verdezyne kerjasama BiotechCorp
- Etihad Airways menang anugerah Skytrax
- Sejarah perlu ditulis semula
- Jualan kenderaan penumpang, perdagangan turun 15%
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- TPP tiada faedah: Pakar ekonomi
- Sejarah perlu ditulis semula
- Fahaman Syiah: Kerajaan perlu tegas
- Khairul Fahmi teruja bakal bergelar bapa
- TPP: Malaysia boleh tarik diri
- Pakar: GST sudah sesuai dilaksana
- TPP: Apa kerajaan sorok?
- Tidak salah makan kucing
- Bajet 2013: Bonus kakitangan awam ditambah satu bulan
- Kad diskaun bantu rakyat tangani kos sara hidup
- Safee Sali cerai isterinya talak satu
- Pelajar cipta lampu kulit kayu manis
- Agong lancar kampus MSU bernilai RM600 juta
- Bayar zakat melalui potongan gaji online
- Polisi ekonomi negara tekan rakyat
- Mineral Andalusit ditemui di Terengganu
- Pengguna terdedah ancaman siber
- TPP: Kerajaan tidak dedah, hormat perjanjian
- Syiah menular secara senyap di Malaysia
- Zahid: Uniform wajah baru ATM akan diperkenalkan




