Auta

Tular di media sosial satu dokumen berbentuk surat rasmi dari BPFK yang mendakwa bahawa  produk Natural Progestrerones Cream dikelaskan pihak BPFK dan juga Kementerian Kesihatan.

Fakta

Kementerian Kesihatan mengesahkan surat pengkelasan bagi produk Natural Progestrerones Cream bertarikh 10 Julai 2017 yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan media, menafikan ada mengeluarkan surat tersebut dengan rujukan 100717/08/357 yang menggunakan kepala surat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, BPFK (sekarang dikenali sebagai Bahagian Regulatori Farmasi Negara atau NPRA).