KEPUTUSAN kerajaan untuk mengumumkan harga siling minyak setiap minggu bermula April depan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pengusaha stesen minyak di negara ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima reaksi daripada ahli-ahli persatuan yang rata-ratanya dukacita dengan langkah terbaru daripada kerajaan itu.

"Buat masa ini, saya tidak boleh memberikan komen yang banyak kerana masih belum begitu jelas dengan langkah terbaru dibuat oleh kerajaan ini.

"Saya sendiri tidak pasti bagaimana penetapan harga dibuat. Adakah harga minyak ini sama di semua stesen, ataupun ditentukan oleh pengusaha sendiri? Buat masa ini, pihak persatuan tidak mendapat sebarang maklumat jelas," kata beliau kepada Sin Chew Jit Poh.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga siling bahan api akan diumum setiap minggu]

Menurutnya, beliau akan memberikan butiran lanjut selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sabtu lalu, Hamzah berkata, penetapan harga siling minyak akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu, berbanding sekarang harganya diumumkan sekali dalam sebulan.

Beliau berkata, ia membolehkan pengguna mengetahui harga terkini bagi mengelakkan kekeliruan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah memberi gambaran Pulau Pinang seperti negeri paling rasuah di negara ini.
  • PERSEKUTUAN Majikan Malaysia (MEF) membantah Rang Undang-Undang (RUU) Skim Insurans Pekerjaan 2017 (SIP) yang dibentangkan di Dewan Rakyat, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.