KUALA LUMPUR -- Penerbangan Malaysia Airlines MH1D yang dijadual  semula akan berlepas dari London pada jam 5 petang , Sabtu (waktu London) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL  pada jam 1.25 tengah hari Ahad.

Penerbangan yang asalnya dengan kod penerbangan MH1, dijadualkan semula selepas kembali ke Lapangan Terbang Heathrow  pada 20 Okt, selepas sejam berlepas berikutan masalah pada sistem bekalan air di atas kapal terbang, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.

Penerbangan ke Kuala Lumpur yang dijadualkan selama 12 jam itu menggunakan pesawat Airbus 380.

Syarikat penerbangan itu memohon maaf kerana gangguan ke atas rancangan perjalanan pelanggan, berikutan masalah itu dan  akan membantu penempahan semula penerbangan untuk penumpang yang akan meneruskan penerbangan dari Kuala Lumpur.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.