PERAI - Penentang kepada penceramah terkenal dari India, Dr Zakir Naik diingatkan supaya tidak menjadi seperti burung unta, tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor.

Menurutnya, tindakan mereka memfailkan saman terhadap pendakwah berkenaan dan  Kerajaan Malaysia atas dakwaan mengancam keselamatan negara ternyata gagal menyembunyikan niat dan tujuan mereka yang sebenar iaitu sikap mereka yang taksub di samping takut kepada kebenaran.

"Saya ikuti dengan perasaan jengkel tindakan 19 individu memfailkan saman terhadap pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik bersama Kerajaan Malaysia.

"Sikap sedemikian boleh diumpamakan seperti burung unta yang menyembunyikan kepala di dalam pasir kerana takut dikejar sedangkan punggungnya terdedah kepada pemburu,"katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Wan Salim berkata, Dr Zakir Naik adalah seorang pakar perbandingan agama yang sederhana, bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan dialog dan perbincangan yang rasional berdasarkan hujah-hujah akademik.

Menurutnya,orang bukan Islam seharusnya perlu mengambil kesempatan daripada kehadiran beliau di negara ini untuk mengenal serta memahami agama Islam dengan lebih tepat dan jelas.

"Saya ingin menasihatkan kumpulan ini dan sesiapa yang bersikap seperti dengan mereka supaya menyingkirkan 'Islamofobia' dan cuba menilai pandangan Dr Zakir Naik secara rasional tanpa prasangka dan taksub,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik disahkan setakat ini tidak terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan atau perkara yang menyalahi undang-undang di negara ini.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memantau aktiviti dijalankan oleh penceramah terkenal, Zakir Naik di negara ini.
  • SHAH ALAM - Pas menggesa kerajaan menolak ekstradisi India terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik walaupun dengan alasan terlibat dalam aktiviti keganasan di negara berkenaan.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan mana-mana pihak yang diberikan status penduduk tetap di Malaysia termasuk pendakwah kontroversi India, Dr Zakir Naik perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
  • KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya memilih untuk bersama parti politik yang berjuang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.