KUALA LUMPUR - Pendidikan perniagaan perlu mempersiapkan barisan pemimpin yang mampu memahami perkembangan dalam persekitaran serta implikasinya terhadap sistem ekonomi dan kewangan.

Ketika menekankan kepentingan itu, mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ini penting berikutan keadaan persekitaran yang telah menjadi kompleks serta sukar ditentukan.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting untuk memahami risiko berkaitan sebagai persiapan menghadapi masa depan.

“Ada isu-isu penting yang perlu diperakui kepentingannya berikutan keadaan dunia yang kesalinghubungan. Kita juga perlu melihat bagaimana kita dapat saling berhubungan," katanya ketika berucap menutup Forum Nikkei Asian Review bertajuk 'Kepentingan Pendidikan Perniagaan' di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Zeti turut menekankan kepentingan memahami alasan serta mengenal pasti peluang dalam dunia yang serba berubah.

“Perubahan itu boleh berlaku secara mendadak dengan kesan yang buruk atau ia sebaliknya mengundang peluang atau kesempatan.

“Antara perubahan itu termasuk pendigitalan dan keselamatan siber yang menjadi antara isu utama," katanya.

Menurutnya, BNM juga telah terbukti mencatat pencapaian dari segi pelaburannya dalam masyarakat serta pendidikan.

Bank pusat itu juga, kata Zeti, amat instrumental dalam pembangunan modal insan serta memperkasakan wanita yang layak berdasarkan merit.

Malah, katanya, sewaktu beliau melepaskan tanggungjawab sebagai Gabenor bank pusat itu, kira-kira 38 peratus jawatan di peringkat pengurusan kanan itu digalas oleh kelompok wanita yang berdaya tinggi. –Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Sebarang salahguna institusi pendidikan untuk tujuan politik kepartian baik Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan, semuanya harus ditolak dan dilawan dengan tegas.
  • SHAH ALAM - Kurang sebulan lagi pembentangan Bajet 2018 namun masih ramai tertanya-tanya sektor yang wajar diberi perhatian lebih dalam pembentangan bajet kali ini.
  • BESUT - Penyelidik di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) perlu meneroka bidang baharu agar hasil yang dicapai daripada penyelidikan itu dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh rakyat.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesyorkan agar dasar pendidikan di negara ini dikaji semula supaya sejajar dengan keadaan semasa dan untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah.
  • JERANTUT - Berita gembira buat pelajar lepasan SPM dan STPM daerah ini yang mahu melanjutkan pengajian ke Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) kerana diberikan insentif RM200 seorang ketika mendaftar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.