KUALA LUMPUR - Tempoh pendaftaran baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dilanjutkan sehingga 13 Januari depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

Sebelum ini, kementerian itu menyatakan permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2017 dibuka mulai 5 Disember hingga esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian BR1M kepadaisi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan  pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. – Bernama
5

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya menyusahkan rakyat, demikian menurut Penganalisis Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tambahan sekiranya peningkatan harga minyak memberikan pendapatan tambahan kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • KUALA LUMPUR - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang digunakan secara berhemah terbukti mampu mengubah taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah.
  • PUTRAJAYA - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diketahui berjaya membantu individu dan isi rumah meringankan beban masalah kewangan, berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.
  • PUTRAJAYA - Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan mekanisme penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang banyak membantu meringankan masalah kewangan individu dan isi rumah sejak diperkenalkan pada 2012, ditambah baik melalui pembentangan Bajet 2018 bagi memastikan kelestariannya lebih menyeluruh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.