SHAH ALAM - Pasukan keselamatan negara perlu bertindak tegas terhadap sekumpulan penceroboh di Lahad Datu yang dilihat mengancam keselamatan negara.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Eh-wal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Sabah adalah sebuah wilayah Malaysia.

Oleh itu, pasukan keselamatan mesti mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman pihak asing.

Katanya, pencerobohan sekumpulan orang yang dikatakan sebagai tentera kerajaan kesultanan Sulu itu adalah satu pencabulan ke atas Malaysia.

“Kerajaan dan pasukan keselamatan negara sudah beri amaran, masa dan peluang berunding agar berundur, tetapi berlaku ketegangan hingga korbankan anggota keselamatan kita.

“Mereka ini ibarat isytiharkan perang ke atas negara kita. Justeru kita tidak boleh biarkan keselamatan, nyawa dan negara berada dalam situasi bahaya,” katanya.

Mustafa berkata, sebagai negara berdaulat dan merdeka, pasukan keselamatan mesti mempertahan maruah negara dengan apa cara sekali pun.

“Mana-mana negara pun pasti akan mengambil tindakan tegas sekiranya situasi seperti ini berlaku. Ini bukan lagi soal kemanusiaan, tetapi soal keselamatan dan ancaman terhadap negara.

Menurutnya, mana-mana pihak pun tidak boleh mengecam tindakan keras yang dikenakan terhadap penceroboh demi mempertahankan maruah negara.

“Sekiranya wujud kecaman terhadap tindakan keras pihak keselamatan, mereka adalah golongan tidak patriotik dan tidak layak menjadi warga Malaysia.

Mustafa berkata, situasi sebenar yang berlaku perlu dijelaskan kepada orang ramai supaya mereka faham dan tidak ada yang cuba mempolitikkan insiden tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 12 September ini.
  • LANGKAWI - Status Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan tetap dikekalkan selagi kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang terus memerintah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  • GEORGETOWN - Kerajaan komited dan akan terus memberikan tumpuan dalam menyediakan lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  • SEPANG - Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul tidak percaya dan terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan tahniah kepadanya kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan “16th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students”, yang berlangsung pada 12 Ogos lepas.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji pelaksanaan sistem e-Reporting yang dibangunkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan rakyat berurusan dengan mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.