KUALA LUMPUR – Penambahan aset Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara perkara diusulkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentang Jumaat depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Sama ada kerajaan meluluskan peruntukan aset itu (GGK) atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu masa pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri nanti," katanya selepas sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50D) Kementerian Pertahanan, di Wisma Perwira ATM, di sini hari ini.

Beliau berkata perkara lain yang diusulkan antaranya aspek perumahan, pendidikan dan kesihatan.

Hishammuddin berkata beliau telah meminta panglima perkhidmatan darat, laut dan udara untuk bertemu Najib bagi menjelaskan kehendak dan keperluan mengikut kepentingan perkhidmatan masing-masing.

"Secara peribadi, saya amat berharap agar kita dapat mendengar berita gembira daripada  Perdana  Menteri semasa pembentangan Bajet 2018 khususnya berkaitan usaha menambah baik aspek keselamatan dan pertahanan negara ini," katanya. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada 27 Oktober lepas, adalah “Bajet Inklusif dan Menyeluruh”.
  • KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 diluluskan Dewan Rakyat malam ini selepas mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian suara.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap kementerian bersiap sedia bagi memastikan apa yang direncanakan dalam Bajet 2018 mencapai matlamat dan sampai kepada rakyat semuanya.
  • TENOM - Pemuda Umno Malaysia mencadangkan supaya peruntukan RM1 billion yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2018 bagi membiayai kerja baik pulih sekolah daif di Sabah diserahkan terus kepada pejabat pendidikan negeri.
  • KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa perbelanjaan mengurus sebanyak RM234.25 bilion dalam Bajet 2018 hanya untuk pembayaran gaji atau emolumen perlu diperbetulkan kerana peruntukan untuk komponen itu termasuk pencen dan gratuiti hanya membabitkan sekitar 44 peratus daripada jumlah tersebut.