KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemprosesan permohonan 3,123,950 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka selesai pada 28 Februari ini.

"Kepada yang masih belum menerima BR1M atau status mereka masih dalam proses, iaitu seramai 3,123,950, pemprosesan permohonan BR1M anda dijangka selesai pada 28 Februari ini.

Bagi yang dah menerima BR1M, saya harap dapat dibelanjakan dengan berhemah, Insya-ALLAH," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam tadi.

Pembayaran BR1M bagi 2017 secara baucar dibuat pada 18 Februari manakala pembayaran secara terus ke akaun bank dibuat mulai 22 Februari lepas.

BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.

Bagi BR1M tahun ini, bantuan itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Bayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar mulai Isnin ini.
  • PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membangunkan aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk menyemak status penghantaran borang, permohonan, status bayaran dan status rayuan BR1M.
  • JERLUN - Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012.
  • KOTA BHARU - Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menjadi satu keperluan penting bagi meringankan beban kewangan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di Kelantan, kata Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPek) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail.
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri mengingatkan rakyat yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) supaya segera memohon bantuan tersebut, sekiranya masih belum berbuat demikian.