NANNING - Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 berusaha mengatasi kelemahan sistem pendidikan negara berkaitan soal kualiti bagi menganjakkan kedudukan pendidikan negara melalui pelan perancangan 13 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ketika menolak pandangan kononnya laporan awal pelan itu menunjukkan Malaysia berhadapan dengan krisis sistem pendidikan berkata kelemahan yang dikesan dalam sistem ialah soal kualiti dan tidak berbangkit soal krisis.
"Ia merupakan kelemahan yang kita dah kenal pasti dan kita akan atasi supaya rakyat tahu," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena lawatan kerjanya ke China.
Beliau berkata sistem pendidikan negara yang telah melalui proses lebih 50 tahun telah mencapai kejayaan seperti pendidikan sejagat telah dapat dilaksanakan di mana hampir 93 peratus daripada rakyat Malaysia boleh pergi ke sekolah dan sebahagian besar boleh membaca, mengira dan menulis.
"Itu satu pencapaian besar cumanya selepas lima dekad, kita dapati perlu sistem kita ini selari dengan perkembangan negara-negara maju walaupun ada kelemahan, baik kita mengakui kelemahan itu dan adakan kajian. Elok ada kajian supaya kita dapat atasi kelemahan," katanya.
Muhyiddin berkata pelan pembangunan pendidikan itu dianggap penting bukan setakat menyaksikan 'di mana kita berada' tetapi bentuk inisitatif yang dibuat untuk mengatasi masalah supaya dalam tempoh 13 tahun Malaysia dapat menganjak kedudukannya menerusi pelan perancangan tiga gelombang.
"Tiap-tiap tahun, satu persatu dijelaskan dalam pelan tindakan, ini tak pernah dibuat sebelum ini," katanya.
Muhyiddin mempelawa parti politik yang menganggap terdapat kekurangan dalam sistem pendidikan negara untuk membantu kerajaan menambahbaikannya.
"Kalau mereka ikhlas dan tidak politikkan isu pendidikan, kemukakan cadangan dan cari pakar yang faham. Mereka kata kita mempolitikkan pendidikan, tidak.
"Keputusan buat pelan tindakan dibuat Perdana Menteri dan saya, tapi cara nak buat nak atasi kelemahan, nak tambah tokok itu pakar yang buat, saya tak duduk pun dalam itu. Itu peranan mereka. Kita nak buat yang terbaik untuk masa depan anak-anak kita," katanya.
Pengarah Pusat Inisiatif Polisi (CPI) Dr Lim Teck Ghee dilaporkan dalam portal berita (note Malaysiakini) mendakwa laporan awal pelan itu menunjukkan Malaysia berhadapan dengan krisis sistem pendidikan walaupun tidak dinyatakan dengan jelas dalam laporan itu.
Memetik laporan itu, Lim berkata Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa menunjukkan kualiti pendidikan Malaysia merosot sejak tahun 1999 sehingga 2007. - Bernama
Pelan berusaha atasi kelemahan sistem pendidikan
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- SPRM : Lantikan bekas hakim, tiada kaitan kes mata lebam
- Abdul Wahid letak jawatan sebagai CEO Maybank
- Nik Aziz saran belajar Mandarin
- Rakyat boleh nilai exco Kedah
- Hadi : Pas perkasa bahasa Melayu
- Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan
- Pengajaran untuk BN Selangor
- Tahan Adam Adli : Polis beri amaran jangan timbul kekecohan
- 'KJ boleh jadi PM pada hari tua'
- Karpal : Dewan Negara tidak diperlukan
- MB Kedah tidak benar himpunan 'Blackout 505' guna stadium
- Wahid, Khairy terima ucapan tahniah daripada PR
- Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran
- IPF yakin PM tunai aku janji
- Hasan: Tampil kemuka bukti jika ada kenaikan harga barang
- Khairy Jamaluddin: Saya menteri untuk semua
- Batal sijil Islam
- 'Blackout 505' : Adun PR didakwa di mahkamah
- Zairil: DAP bukan parti Cina
- Isu saham Felda: Mustafa nafi tuduhan, mahu Husam minta maaf




