SHAH ALAM - Pelaku rasuah yang ditangkap perlu dijatuhkan hukuman, setimpal dengan salah laku yang mereka lakukan.

Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Anis Yusal berkata sekiranya perkara itu tidak berlaku, beliau bimbang akan menimbulkan persepsi negatif daripada sudut padangan rakyat dan 'orang luar.

"Saya takut pandangan orang luar seolah-olah selepas ditangkap tapi akhirnya tiadapun orang yang ditangkap itu dijatuhkan hukuman.

"Jadi saya harap yang kena tangkap akan dijatuhkan hukuman dan didapati bersalah dan dipenjaran supaya rakyat belajar daripada perkara ini," katanya  menerusi Wacana Sinar Harian Siri Ke-46 "Rasuah & Penyelewengan: Di Mana Maruah Kita?", di sini, hari ini.

Ujarnya, tindakan itu juga menunjukan bahawa kita serius dalam menangani gejala rasuah.

"Kita perlu bertindak sedemikian," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menjalin kerjasama dalam usaha memerangi gejala rasuah dan salahguna kuasa.
  • KUALA LUMPUR - Usaha memerangi rasuah dalam kerajaan terus dipergiatkan, dengan 74.4 peratus kes rasuah telah diselesaikan dalam tempoh setahun kes didaftarkan di mahkamah, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri datuk Paul Low Seng Kuan di dalam Laporan Tahunan 2016 Program Transformasi Negara (NTP).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.