KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bercadang membenarkan pelajar  menggunakan alat peranti seperti  laptop, tablet dan telefon bimbit di sekolah untuk tujuan pembelajaran.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penggunaan alat tersebut bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.

Katanya, cadangan itu bagaimanapun belum dimuktamadkan kerana kementerian perlu mengkaji cadangan itu secara terperinci sebelum melaksanakannya.

"Saya masih belum memikirkan jenis alat peranti yang boleh dibawa oleh pelajar ke sekolah...mungkin selepas perbincangan lanjut, kementerian akan umumkan keputusannya dalam tempoh dua bulan akan datang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan  majlis pelancaran 70 Buku Siri Sukan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan perjanjian kerjasama penerbitan antara ITBM-Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM), di sini.

Turut hadir Pengerusi ITBM, Budiman Mohd Zohdi dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron.

Mahdzir menarik perhatian bahawa beberapa negara maju seperti Jepun dan Korea telah membenarkan secara  terhad penggunaan beberapa peranti seumpamanya di sekolah.

Katanya, bagi menjayakan cadangan penggunaan alat peranti di sekolah, beliau mengarahkan pembekal Perkhidmatan 1BestariNet meningkatkan kapasiti kelajuan jalur lebar sehingga enam gigabit sesaat di sekolah luar bandar manakala 12 gigabit sesaat bagi sekolah di bandar. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Kementerian Pendidikan Tinggi mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR ) bagi meningkatkan kepakaran dan kemahiran pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
  • KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan menyambut baik cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) untuk memperkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/ Penjaga bagi melindungi guru.
  • PUTRAJAYA - Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati kebanyakan pemandu di negara ini mengakui bahawa penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menawarkan program Pendidikan Asas Vokasinal (PAV) bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga serta program Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) mulai tahun lepas di 269 sekolah menengah kebangsaan terpilih.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menegaskan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke kolej vokasional adalah terbuka kepada semua kaum tanpa peruntukan kuota tertentu untuk mana-mana kaum, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.