KUALA LUMPUR - Kemasukan besar-besaran pelaburan China ke negara ini dianggap benar-benar mengancam Melayu dan Pribumi.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, banyak projek-projek besar yang langsung tidak menguntungkan kaum Melayu.

"Saya bimbang akan kegawatan sedia ada akan menjadi lebih teruk. Bimbang akan perpaduan nasional yang kini goyah, rapuh, seperti telur di hujung tanduk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena  Majlis  Perasmian Persidangan Khas Tahunan Sayap-Sayap Perkasa Malaysia 2017 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sirajuddin berkata, kelulusan 10 lagi sekolah aliran Cina mendalamkan jurang perkauman.

"Perkara ini memberi kebimbangan akan masa depan Islam dan Melayu di bumi yang didiami sejak 63,000 tahun lalu ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :