SEREMBAN - Pekebun kecil Risda di negeri ini yang belum menerima bantuan khas RM500 yang diberikan berikutan kejatuhan harga getah digalakkan untuk menuntutnya, kata Pengarah Risda negeri Zainon Harun.

Beliau berkata sebanyak RM11 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada pekebun kecil yang layak menerima bantuan khas RM500 seorang itu, namun hanya 30 peratus menuntutnya.

"Justeru, kita minta pekebun kecil yang berwarganegara Malaysia, keluasan tanah kurang daripada 2.5 hektar yang bertanam getah untuk datang mengambil bantuan khas RM500 yang diberikan secara sekali bayaran itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Bantuan Tanam Semula (TS27) Dan Kelulusan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai Khas 1 kepada Pengerusi Risda, Muhd Suhaimin  Mamat yang mewakili Pengerusi Risda, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Mengulas mengenai program tanam semula, Zainon berkata sebanyak RM36 juta telah diperuntukkan tahun ini untuk negeri ini yang diagihkan mengikut pejabat Risda daerah masing-masing merangkumi Negeri Sembilan barat, Kuala Pilah, Negeri Sembilan selatan dan Jempol.

"Ia melibatkan seluas 6,100 hektar kawasan yang akan dibangunkan di bawah program tanam semula tahun ini serta sambungan projek lepas," tambahnya.

Beliau berkata, Risda juga sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat pekebun kecil dan turut memperkenalkan pelbagai program dan langkah proaktif, termasuk AET.

Katanya, bagi AET di Negeri Sembilan, sebanyak RM230,000 diperuntukkan demi melahirkan lebih ramai usahawan industri kecil sederhana dalam kalangan pekebun kecil Risda.

"Kita bukan bagi 'cash' tetapi dalam bentuk peralatan. Paling maksimum yang kita berikan adalah RM10,000 ribu mengikut keperluan peralatan itu.

Macam ada yang membuat bengkel motor, menjahit, mengecat dan sebagainya," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Biro Kebajikan Umno (Bikum) menyasarkan untuk melawat lebih 60,000 rumah di 60 lokasi di seluruh negara sehingga akhir tahun ini menerusi jelajah program 'UMNO Bantu Rakyat 2.0' yang bermula hari ini.
  • SHAH ALAM - SINAR4ROHINGYA-Solidariti Untuk Kemanusiaan terus mendapat perhatian umat Islam tanpa mengira pangkat atau jawatan, darjat mahupun keturunan.
  • BAGAN DATUK - Kesengsaraan pelarian Rohingya di sempadan Myanmar - Bangladesh mendapat perhatian kerajaan Malaysia apabila barangan makanan dan peralatan bernilai RM4 juta dihantar dalam satu misi kemanusiaan, semalam.
  • ALOR SETAR - Anak-anak Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kini koma di unit rawatan rapi (ICU) Hospital St Vincent, Sydney, Australia berharap ayah mereka dibawa pulang dengan selamat dan menjalani rawatan susulan dalam negara.
  • KUALA LUMPUR - Golongan belia luar bandar yang telah berkahwin kini berpeluang untuk memiliki rumah sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara (RBN) yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensi yang dipertangungjawabkan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.