SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan aktiviti rasuah meskipun memberi alasan kononnya dianiaya dan dipaksa.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu ditegaskan dalam pertemuannya bersama Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan, kelmarin.

“Dalam pertemuan itu, saya telah menyarankan mereka yang terlibat tidak akan dilindungi, meskipun ada dalam kalangan mereka memberikan alasan kononnya dianiaya dan dipaksa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Universiti Bersama Timbalan Perdana Menteri dengan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) , di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan tiga pegawai polis di Melaka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah.

Ujar Ahmad Zahid, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa konsisten memastikan mereka yang dianggap ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, ditangkap dan menerima hukuman.

Malah katanya, operasi pembersihan serta menangkap pegawai dan anggota yang terlibat dengan rasuah akan terus dilakukan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, semua Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis.

“Kita tahu ‘pagar-pagar’ ini memberikan maklumat operasi polis dan memperoleh pendapatan luar biasa daripada sindiket. Kita menghidu semua maklumat ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan meminta bantuan Interpol bagi mengesan kedudukan ahli perniagaan, Low Taek Jho.
  • KUALA LUMPUR - "Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpuas hati dengan pencapaian dalam usaha membanteras kegiatan penyebaran ideologi kumpulan pengganas dan jenayah rentas sempadan," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • KUALA TERENGGANU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyarankan agar persatuan-persatuan yang didaftarkan dengan pelbagai nama tetapi melakukan aktiviti hampir sama di gabungkan.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia perlu memberi penekanan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam usaha mencapai status sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 22 penerbitan bertarikh 28 September dan 3 Oktober lepas, kata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.