KUALA LUMPUR - Orang ramai enggan berganjak dari jalan di hadapan kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta sejak 10.30 malam tadi.

Sehingga jam 1.30 pagi, Sinar Harian mendapati, kehadiran orang ramai makin bertambah untuk  melihat sendiri situasi yang sedang berlaku.

Kira-kira jam 10.15 malam tadi, lebih 10 kenderaan polis termasuk Black Maria tiba di rumah bekas perdana menteri itu.

Kehadiran mereka dipercayai untuk mengambil beberapa dokumen dan sejam kemudian kawasan rumah Najib dikawal ketat anggota polis.

Petugas media juga tidak dibenarkan berada berhampiran dengan rumah bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Najib pulang dari menunaikan solat terawih di Masjid Kampung Baru di sini pukul 9.53 malam.