JOHOR BAHRU - Kisah wanita didakwa menyamar sebagai orang cacat (OKU) penglihatan di bandaraya ini yang viral sejak beberapa hari lalu telah tampil menjelaskan status dirinya di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor , di sini kira-kira jam 10 pagi.

Pegawai JKM Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, wanita terbabit datang bersama dua anaknya bagi memberi penjelasan dan diberi khidmat kaunseling.

"OKU yang dimaksudkan telah datang ke pejabat saya bersama dengan dua orang anaknya yang juga mengalami masalah penglihatan tahap B2.

"Manakala beliau (wanita) berkenaan mengalami masalah penglihatan tahap B3 ia sekaligus merungkai segala persoalan," katanya.

Kisah wanita ini menjadi viral selepas ada pihak didakwa merakam gambarnya seiras dengan individu lain yang pernah mendeposit sejumlah wang di sebuah bank di Johor.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Petron Malaysia (Petron) hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan syarikat itu menawarkan harga petrol RON95 serendah RM1.85 seliter berbanding harga pasaran sebenar, RM2.31 seliter.
  • SHAH ALAM - Salah seorang daripada tiga remaja yang terlibat dengan insiden kekecohan di Vitti Lodge & Famili di Osaka, Jepun, memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.
  • KUALA LUMPUR - Sebuah video telah tersebar di laman Facebook mengenai ‘Mannequin Challenge’ yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • SHAH ALAM - Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan laporan berkaitan status halal KFC yang tular baru-baru ini.