• Bicara Isnin Sinar Bicara Isnin Sinar
  • Pengerusi Persatuan Autisme Muslim Malaysia, Zambri Tembol Pengerusi Persatuan Autisme Muslim Malaysia, Zambri Tembol
1 /

NILAI - Pengerusi Persatuan Autisme Muslim Malaysia, Zambri Tembol berkata, kebimbangan utama ibu bapa adalah penjagaan kanak-kanak OKU selepas ketiadaan ibu bapa mereka.

“Pihak berwajib perlu faham, anak-anak istimewa ini memerlukan penjagaan sepanjang hayat. Siapa akan menjaga mereka apabila ibu bapa telah tiada?

“Sebab itu kami mahu wujudkan pusat untuk autisme seperti yang terdapat di luar negara dan berharap bantuan zakat dapat diberikan kepada pusat ini,” tambahnya.

Menurut beliau, jabatan agama Islam perlu membantu NGO Islam seperti mana institusi agama lain membantu NGO mereka. “Kami mengharapkan bantuan seperti wakaf untuk dijadikan premis. Apa yang kami perlukan adalah  bantuan kepada persatuan sebagai sebuah institusi, bukan kepada individu OKU,” katanya.

Menurut Zambri, terdapat beberapa masalah utama yang dihadapi ibu bapa dan kanak-kanak autisme di negara ini.

"Kanak-kanak istimewa ini perlu menjalani latihan terapi percakapan dan pekerjaan sekerap mungkin, tetapi kekurangan pakar di hospital kerajaan menyukarkan perkara itu. “Kalau di hospital swasta, bayarannya mencecah ratusan  ringgit bagi setiap sesi, dan ini membebankan ibu bapa,” katanya.

Ditanya mengenai peluang pendidikan pula, Zambri berkata, kebanyakan kanakkanak autisme dianggap tidak boleh mengurus diri dan akan dimasukkan ke kelas khas sedangkan ada kanak-kanak autisme yang mempunyai kebijaksanaan luar biasa, tetapi tidak mahir dari segi pergaulan sosial.

“Jadi kami mahu persatuan seperti ini menjadi orang tengah antara ibu bapa dan institusi lain untuk mendapatkan keperluan kanak-kanak autisme.

"Untuk itu, kami memerlukan bantuan daripada jabatan agama sendiri,” katanya.