SHAH ALAM - Penyandang kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dikatakan bakal ke bertanding di Permatang Pauh pada PRU14 nanti.

Sumber dalaman PKR berkata, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di Pandan menggantikan Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli yang memaklumkan beliau tidak akan bertanding pada PRU kali ini.

“Manakala kerusi Lembah Pantai akan ditandingi Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi PKR) yang bakal ditinggalkan penyandang sebelum ini iaitu Nurul Izzah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Rafizi turut memaklumkan kerusi Pandan bakal ditandingi sama ada oleh Wan Azizah atau Nurul Izzah.

Selain itu, Wan Azizah dalam satu sidang media pada 4 April lalu turut mengumumkan bahawa Fahmi akan bertanding dalam PRU 14, namun tidak menyatakan parlimen mana yang bakal ditandingi.