KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui tidak sangka niat baik kerajaan memansuhkan beberapa tol dalam negara menjelang 2018 dipesongkan oleh pembangkang.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, ia merupakan pembohongan yang dibuat pembangkang untuk menggoyahkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan.

Berkenaan hal tol, dalam Bajet 2018, Kerajaan Barisan Nasional bersetuju memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit  Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

"Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat. Pulak dah!" luah Najib di hadapan 2,817 perwakilan Persidangan Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Mansuh tol, rakyat tanggung beban

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpendapat rakyat akan menanggung beban akibat pemansuhan empat tol seperti diumumkan Najib.

Ini kerana menurut Wan Azizah, kerajaan tidak akan mengeluarkan kos untuk pemansuhan itu.

"Saya mohon jangan terburu-buru mengalu-alukan permansuhan empat tol ini," tegas Wan Azizah.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Masih ada segelintir pemandu yang melalui laluan Plaza Tol Batu 3, di sini yang tidak mengetahui mengenai pemakluman pemansuhan bayaran ditol berkenaan.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya rakyat dapat melihat dan merasai sendiri segala usaha dan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) antaranya melalui pemansuhan empat tol hari ini.
  • SHAH ALAM - Pemansuhan kutipan tol bermula 1 Januari 2018 di empat plaza tol di Batu Tiga, Sg Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) menjadi bukti keprihatinan kerajaan.
  • SHAH ALAM - Pengguna Lebuhraya Persekutuan tidak perlu lagi membayar kadar tol yang dikenakan di Tol Sg Rasau dan Tol Batu Tiga, bermula 12 tengah malam sebentar tadi.
  • SHAH ALAM - "Rakyat diperdaya oleh PM (perdana menteri) untuk meyakini yang tol ditamatkan pada 1 Januari 2018. Hakikatnya, perjanjian tol sepatutnya ditamatkan lebih awal,” kata Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.