SHAH ALAM - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan membantu membawa pulang seorang tekong bot serta tiga yang lain dari Indonesia setelah ditahan pihak berkuasa negara itu di kawasan perairan Riau, 16 April lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Ahmad Rudin Hussain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk terus membela nasib nelayan.

"Kami terpanggil untuk membantu waris mangsa NorHaslina Awi untuk membawa balik seorang abangnya Kamaruzman yang juga seorang tekong bot serta tiga yang lain dari Indonesia setelah ditahan pihak berkuasa.

"Pihak kami yang berada di Terengganu akan berhubung dengan waris mangsa bagi mengetahui perkembangan nelayan tersebut dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu waris nelayan dari aspek kewangan bagi membawa pulang nelayan tersebut.

Nekmat boleh dihubungi di talian 03-61361808 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Malaysia dan Ukraine merancang untuk merangsang aktiviti promosi perdagangan dalam usaha meningkatkan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Wan Latiff Wan Musa.
  • KOTA BELUD - "Usaha kerajaan mendorong lebih banyak pelaburan swasta dalam meletak atur fiber baru-baru ini adalah bagi mencapai matlamat negara untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar dan menurunkan harga," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • TANJONG KARANG - Sebanyak RM100,000 dana berjaya dikumpulkan dalam Majlis Pelancaran Kempen Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (KAWP) Parlimen Tanjong Karang sempena Hari Polis Ke-211, pagi tadi.
  • SHAH ALAM - Cadangan Indonesia untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian warganya, Adelina Lisao baru-baru ini, bukanlah langkah terbaik.
  • SHAH ALAM - Tindakan umat Islam yang melakukan perbuatan menyerupai agama lain bukan sahaja ditegah bahkan hukumnya haram.