KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas kepulangan ke Rahmatullah bapanya,  Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang genap 42 tahun, pada hari ini.

“Dalam kesedihan, ada terpalit perasaan bangga bahawa Ayahanda meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara. Bagi saya, tiada pengorbanan lebih tinggi daripada itu. Al Fatihah,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya.

Allahyarham Tun Razak, yang dikenali sebagai 'Bapa Pembangunan Malaysia', meninggal dunia pada 14 Januari 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 22 Sept 1970.

Antara langkah pembangunan yang dilaksanakannya adalah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menekankan strategi serampang dua mata bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TEMERLOH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang mempunyai konsep lebih baik seperti yang diwar-warkan kerajaan sebelum ini.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbau kembali kenangan mencuit hati bersama anggota polis ketika menjadi Menteri Besar Pahang.
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpeluang untuk masuk ke dalam Kaabah ketika melaksanakan lawatan kerja ke Arab Saudi sejak 8 Januari lalu.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia atas sumbangan mereka kepada usaha mendorong pembangunan negara, dengan menyatakan bahawa pelbagai langkah disusun untuk memperkasakan mereka.