KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin penyusunan semula ahli lembaga pengarah Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) bakal memberikan masa hadapan yang cerah buat syarikat perladangan itu.

"Penyusunan semula ini mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV pada landasan yang lebih kukuh dari segi urusan," kata beliau dalam catatan terbaru dalam blog najibrazak.com hari ini.

Beliau berkata keputusan sebulat suara telah dibuat, yang menyaksikan Tan Sri Isa Samad bersetuju melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, dan melantik Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.

Berhubung siasatan ke atas FGV, Najib berkata tindakan dalaman akan diambil bagi menentukan proses keadilan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan tiga individu lain.

"Ingin saya tegaskan bahawa siasatan bukanlah bererti mereka bersalah, sebaliknya tindakan ini adalah sebahagian daripada prinsip tadbir urus syarikat senaraian awam, dan sesudah ia selesai, pihak Lembaga Pengarah FGV akan membuat keputusan yang seadil dan sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Zakaria dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau akan mematuhi cadangan dalam laporan Datuk Seri Idris Jala, termasuk pelantikan Sulaiman sebagai Pemangku Pengerusi.

"Mengenai siasatan dalaman yang dimulakan oleh Tan Sri Isa Samad, saya yakin saya akan dibuktikan sebagai tidak bersalah.

"Sebab itu saya mendapatkkan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam yang akan menguruskan perkara itu," katanya. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - "Umat Islam dituntut supaya melakukan suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya dalam konteks hijrah pada masa ini," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald J. Trump seharusnya menjadi sesuatu yang diterima baik rakyat, bukannya diperkecilkan, kata bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Dr Awang Adek Hussin.
  • KUALA LUMPUR - Penganalisis memuji komitmen Malaysia untuk meningkatkan lagi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Washington DC, baru-baru ini.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa masyarakat Cina negara ini supaya mengemukakan lebih ramai wakilnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pelbagai kaum pada pilihan raya umum akan datang.
  • KUALA LUMPUR - "Amalan dasar luar yang terbuka terhadap negara-negara lain telah memberi peluang pelaburan dan perdagangan untuk memangkin ekonomi Malaysia," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.