Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
KOTA BHARU- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Ketibaan Najib pada 4.25 petang itu disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
Sejurus tiba, Najib menghadiri mesyuarat tertutup bersama Badan Perhubungan Umno Kelantan di Bilik Anggerik di lapangan terbang itu.
Perdana Menteri kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana di Bachok bagi menyampaikan bantuan kepada penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di tempat sama.
Selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Badak, Melawi dan seterusnya solat sunat tarawih di Masjid Naim, Jelawat, Najib dijadual ke Yayasan Kemiskinan Kelantan, Melor di sini bagi menghadiri majlis bersama rakyat pada majlis makan colek sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - Bernama




