PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Sudan Ali Ahmed Karti. Ali, yang dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia, tiba di Pejabat Perdana Menteri di sini pada 9 pagi, diiringi Duta Sudan ke Malaysia Nadir
Yousif El-Tayeb dan Pengarah Jabatan Asia di Kementerian Luar Sudan, Sawsan Abdelmajeed.
Ini merupakan lawatan pertama Ali ke Malaysia bertujuan meningkatkan hubungan dua hala.
Beliau dijadual berbincang dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman esok dan menemui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas petang ini. - Bernama
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





