KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat tarawih lapan rakaat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam ini.

Beliau dilihat berbaju melayu merah berada di saf pertama sambil bersalaman dengan imam.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan, dua buah motosikal dan sebuah kereta polis dilihat mengiringi sebuah minivan Vellfire keluar dari kediaman peribadi bekas perdana menteri itu di Jalan Langgak Duta.