LAHAD DATU - Sabah, yang mengalami perubahan besar dalam lanskap pembangunan dan ekonomi sejak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 1963, bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Waktu itu (1963) mungkin lebih 70 peratus rakyat Sabah boleh dikatakan miskin, daif dan papa kedana. Namun selepas sekian lama, Sabah tidak lagi merupakan negeri yang miskin.
"Mengikut perangkaan, purata pendapatan per kapita negeri ini kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku, 60 kilometer dari sini hari ini.
Najib berkata ini adalah hasil agenda pembangunan negara yang jelas dan berkesan termasuk yang terbaru iaitu Program Transformasi Negara yang bakal merubah masa depan rakyat.
"Transformasi pembangunan negara ini kita lancarkan kerana kita mahu ubah segala-galanya macam Kampung Nala ini (yang sebelum ini kawasan bakau sahaja).
"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan sehingga kita sifarkan miskin tegar yang ada. Dulu ada 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000," katanya.
"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan sehingga kita sifarkan miskin tegar yang ada. Dulu ada 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000," katanya.
Najib berkata walaupun masih ada yang miskin, kejayaan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani masalah kemiskinan di Sabah adalah hebat dan besar.
"Cuba tengok Kampung Nala ini, nilai setiap rumah yang disediakan lebih RM42,000 dan ini tidak termasuk nilai tanah, elektrik dan air yang menjangkau lebih RM60,000 dan semua ini kita berikan secara percuma kepada mereka yang terlibat.

"Mereka tidak membayar satu sen pun. Mana ada kerajaan di dunia yang ada program seperti ini?" katanya.
Perdana Menteri berkata program itu berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
"Dalam konteks ini, Felda memberi sumbangan RM22 juta untuk menjayakan projek Mesej di Nala dan tiap-tiap tahun Felda memperuntukkan RM50 juta kepada kerajaan negeri untuk memperjuangkan nasib rakyat Sabah," katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.