PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat yang bermula pada 10 pagi itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri kabinet.
 
Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. - Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.