KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Transformasi Negara yang sedang berlaku sekarang sentiasa mengambil pendekatan melalui konsep 'islah' untuk mencapai sasaran sebagai sebuah negara maju.
Beliau berkata, pendekatan 'islah' ini berjaya memperbaiki keadaan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi.
"Kini, kita mengorak langkah islah kita, mendukung visi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Insya-Allah," katanya dalam perutusan sempena Peristiwa Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah, hari ini, dalam blognya, 1malaysia.com.my.
Beliau juga berdoa agar dengan keberkatan Nuzul Al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan ini, Allah akan menyatukan hati umat Islam di negara ini bagi menjaga dan memperkasa Agenda Islam sebagai wadah ‘islah’ dan transformasi negara Malaysia.
Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan ini merupakan panduan lengkap dan bermukjizat bagi manusia mengendalikan kehidupan duniawi dan ukhrawi, katanya.
Menurut beliau lagi, berpegang kepada kepentingan al-Quran ini, kerajaan meletakkan Al-Quran sebagai satu mauduk penting dalam sistem pendidikan umat Islam.
Al-Quran diajar dalam arus perdana pendidikan rendah dan menengah negara melalui penambahbaikan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta pendekatan Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-Qaf) secara komprehensif, katanya. -Bernama
Najib : Pendekatan Islah untuk gerakkan kemajuan negara
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Isteri kesal Azizan dipersenda
- SPR: Gambar 'Black Out' hari mengundi fitnah dan lakonan
- Peniaga mula berniaga di lokasi himpunan
- Penangan Adam Adli...
- Zahid: 133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan
- Fadzilah Kamsah mohon maaf
- SKMM: Suspek hina Sultan Terengganu dalam Facebook ditahan
- Fuziah: 'Kerajaan patut terima kasih kepada saya'
- Pintu belum tertutup untuk Azmin pulang
- Karpal tetap mahu Dewan Negara dimansuhkan
- Kedah sedia laksana AES
- Kenyataan Zahid mendapat sokongan
- Khairy gembira Festival Belia Putrajaya 2013 dapat sokongan
- Zahid: 'Saya tak campur tangan'
- Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar dibebas
- Kaji skim, gred gaji anggota penjara
- Cadang suruhanjaya baru teliti persempadanan semula
- Zahid: Dalang ceroboh Lahad Datu tidak didedah
- Ambiga : 'Akta Hasutan sudah tidak relevan'
- Rafizi: SPR perlu telus siasat insiden 'Black Out'




