KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia sangat berkeupayaan dan bersedia untuk menjadi rakan ekonomi yang kukuh dengan Amerika Syarikat.
   
Beliau juga berharap semasa penggal kedua Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat, rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang Malaysia dan AS menjadi anggota, akan dimuktamadkan dengan segera supaya ia akan membuka pelaburan dan perdagangan baru antara kedua-dua negara berdaulat.
   
"Malaysia sentiasa menyokong inisiatif untuk menggalakkan dan melindungi Asia Tenggara dan ia juga mendapat pengiktirafan atas usahanya dalam membantu menjadi perantara keamanan dengan pemberontak Islam di bahagian selatan Filipina yang bermasalah," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Program Inisiatif Pemangkin Usahawan (PUsh) di Pusat Konvensyen Menara TM di sini.
   
Semasa ditanya sama ada Najib menjangka Obama akan menang, Perdana Menteri berkata: "Keputusan menunjukkan bahawa undi popular untuk kedua-dua pesaing hampir sama. Bagaimanapun, undi untuk Obama jauh ke hadapan, dari segi sokongan yang menyeluruh dari warga AS ".
   
Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Barack Obama di atas pemilihan semula beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik 2005 merupakan perjanjian perdagangan bebas yang bertujuan meliberalisasikan lagi ekonomi rantau Asia Pasifik.
   
Pada 2007, rundingan TPP bermula, perjanjian yang diperluas dengan ketara, yang merangkumi kumpulan yang lebih besar negara-negara termasuk Malaysia. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kemeriahan Hari Raya dengan pelbagai hidangan makanan bagaikan satu kemestian bagi majoriti umat Islam di negara ini.
  • KUALA LUMPUR - Orang ramai disaran agar mula membuat peralihan daripada menggunakan kenderaan persendirian kepada kenderaan awam bagi mengurang jumlah kenderaan di atas jalan sekali gus jumlah kemalangan di musim perayaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.