KUALA LUMPUR -  Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat daripada ketua-ketua delegasi perwakilan luar negara di Dewan Tun Dr Ismail,  Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Kesemua ketua delegasi itu mewakili 25 parti politik dari 16 negara termasuk India, Belgium, Palestin, Indonesia, Thailand, Laos dan Vietnam.

Terdahulu, mereka menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2017 dan mendengar ucapan dasar yang disampaikan Najib, yang juga Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menghadiri perjumpaan tertutup selama kira-kira 30 minit itu.

Kesemua ketua delegasi itu serta 95 anggota rombongan mereka kemudian diraikan dalam majlis jamuan tengah hari.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ‘Social Impact Exchange’ (SIX) pembayaran berasaskan impak untuk memperkukuhkan lagi budaya inovasi di negara ini.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada 27 Oktober lepas, adalah “Bajet Inklusif dan Menyeluruh”.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia tetap berpegang dengan pendirian membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan akan tetap menjayakan projek Lebuh raya Pan Borneo yang akan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak.