KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi akan didakwa petang ini, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hari, ini, kenderaan yang membawa beliau dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM kira-kira jam 8.50 pagi untuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.

Najib dibawa keluar dengan menaiki kenderaan MPV jenis Alphard berwarna hitam diiringi kenderaan SPRM serta polis dan tiba di menara berkenaan kira-kira jam 9.20 minit pagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib mungkin bermalam di Sungai Buloh]

[ARTIKEL EBRKAITAN:  Anak Najib doa bapanya diberi layanan adil]

Semalam, beliau ditahan SPRM kira-kira jam  4.13 petang selepas sejam tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu.  

SPRM akan bekerjasama pihak polis bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah hari ini.

"Ia bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001," katanya.