KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung status keperluan pemimpin itu untuk 'bercuti'.

Najib berkata meskipun beliau tidak lagi ada dalam barisan kepimpinan Umno namun akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang itu.

"Saya tak ada dalam kepimpinan, jadi merujuk perkara ini ia perlu dihadapkan kepada kepimpinan Umno.

"Saya tiada pendapat berkaitan perkara ni, apa-apa saya akan bincang dengan Zahid dalam hal ini," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Pekan itu menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno kini sudah tiada.

"Umno ada lagi,ada ada ada lagi," katanya ringkas.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Umno masih lagi wujud, kata Zahid ]