KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengulangi desakan agar suruhanjaya diraja diadakan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Beliau turut mendesak Jawatankuasa Kira-kira Kewangan (PAS) memberikan minit mesyuarat seperti yang diminta sebelum ini.
Menurut Mahfuz, suruhanjaya perlu ditubuhkan kerana terdapat keterangan dalam mesyuarat Pas yang mendakwa wujud Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tambahnya, tugas Jawatankuasa Pemilih adalah untuk memilih syarikat yang dapat melaksanakan projek bersama NFC.
“Sehingga ke hari ini tidak ada sebarang surat yang saya terima daripada Pas setelah saya meminta minit mesyuarat itu.
Apa yang saya tahu, ada keterangan yang diberi pada mesyuarat Pas mengatakan Muhyiddin terlibat sebagai pengerusi untuk memilih syarikat untuk projek bersama NFC. Pada masa itu beliau merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Jadi, Muhyiddin perlu beri keterangan apakah kriteria syarikat yang telah dipilih, apa keupayaan yang mereka layak sehingga diberi peluang untuk mengendalikan projek NFC.
Keterangan inilah yang sepatutnya dirujuk. Perkara pertama yang kita perlu siasat ialah bagaimana syarikat dipilih seterusnya meluluskan projek NFC itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini pada sidang media, hari ini.
Pada bulan lalu, Muhyiddin berkata, tidak ada keperluan untuk memenuhi tuntutan pembangkang supaya suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat kontroversi NFC.
Pada 16 Januari lalu, Mahfuz mendesak Pas agar membekalkan ahli-ahli Parlimen dengan minit mesyuarat syarikat projek ternakan lembu NFC sebelum sesi Parlimen baru bermula bulan depan.
Naib Presiden terus desak suruhanjaya siasat NFC
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





