KUALA LUMPUR  - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah penjawat awam menyebabkan kejatuhan hasil kerajaan.

Johari berkata beliau juga tidak pernah mengeluarkan statistik perbandingan dengan negara-negara lain mengenai jumlah kakitangan kerajaan.

"Apa yang saya nyatakan pada surat khabar Oriental Daily (akhbar harian bahasa Cina) hanyalah jumlah kakitangan kerajaan serta jumlah emolumen tahun 2016 yang dibayar oleh kerajaan.

"Kenyataan fakta saya telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang," katanya dalam kenyataan hari ini. –Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - erajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.
  • PUTRAJAYA - Sesi penjawat awam berkongsi pandangan mengenai gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan diadakan pada 30 Mei ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.