PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas yang telah dapat dikesan pada peringkat awal.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim dalam satu kenyataan media memaklumkan, Muhyiddin kini dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu akan mengambil cuti bagi menjalani rawatan perubatan susulan bermula hari ini dan dijangka akan kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

"Alhamdulillah pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau dalam keadaan stabil," katanya.

Justeru, sementara ketiadaan Muhyiddin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas-tugas Menteri Dalam Negeri.