KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) adalah projek negara untuk kesejahteraan rakyat walaupun kos pembinaannya tinggi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer dengan kos RM21 bilion yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam akan memberi manfaat kepada 400,000 penumpang setiap hari.

“Ini adalah cenderahati perdana menteri untuk negara. Dengan kejayaan ini, marilah kita sama-sama meraikan satu lagi simbol kejayaan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negara,” katanya menerusi laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata, pembinaan MRT itu membuktikan kerajaan sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama dan tidak mendiskriminasikan negeri yang dikuasai oleh parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Katanya,  ia juga membuktikan kecemerlangan kerajaan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien kepada rakyat di ibu negara selain menyediakan sistem pengangkutan awam yang setanding dengan negara maju.

“Dengan terbinanya MRT ini, maka manfaatnya banyak sekali untuk rakyat. Antaranya ialah menjimatkan masa dan kos perjalanan,” katanya.

Salleh berkata, penggunaan MRT juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas iaitu dengan kadar pengurangan 160,000 kenderaan memasuki bandar setiap hari selain dapat mengurangkan pencemaran alam dan memudahkan perjalanan kerana jadual perjalanan telah ditetapkan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) perlu dilihat sebagai satu kebanggaan negara kerana menggunakan teknologi termaju pada masa kini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
  • KUALA LUMPUR - Proses pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) bagi jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) mencapai kejayaan penting dengan siapnya struktur rentangan jejambat (viaduct) pertama laluan itu.
  • KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang bagi fasa satu dan dua mencatatkan sehingga 7.4 juta penumpang, sejak mula beroperasi pada 16 Dis tahun lepas hingga kini.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas sikap pembangkang yang memperkecil-kecilkan usaha kerajaan dalam pembangunan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak seharusnya menuding jari terhadap kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini berikutan kegagalannya menyelesaikan masalah ada kilang beroperasi secara haram di negeri itu sehingga menimbulkan masalah kesihatan kepada orang ramai.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.