SHAH ALAM - Pertikaian pihak-pihak tertentu terhadap pengamalan, ajaran dan nilai Islam di negara ini menuntut titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan Majlis Raja-raja Melayu untuk menghormatinya.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, langkah itu penting agar pihak terbabit tidak sewenang-wenangnya bersikap demikian yang biadab dan menyinggung.

"Malah titah nasihat itu perlu untuk menyedarkan kembali pihak-pihak berkenaan agar tidak melangkaui batasan dan melampau serta celupar terhadap hak pihak lain.

"Lebih-lebih lagi berkait kepercayaan agama, sensitiviti perkauman dan pegangan adat serta keharmonian budaya yang pelbagai dalam negara berdaulat ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bulan lalu, premis dobi 'untuk Muslim sahaja' dipolemikkan, sedangkan pada kebiasaan perniagaan wujud pengenalan logo halal serta pengasingan barangan halal dan tidak halal di pasar raya.

Malangnya, kebebasan itu digunakan untuk menyindir dan memperlekehkan Islam. Begitu juga tindakan pihak tertentu menyangkal permintaan untuk Malaysia Airline System (MAS) tidak menghidangkan arak dalam pesawat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Larangan pekerja wanita bertudung hina Islam: Harussani]

Justeru katanya,  beliau percaya, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu semuanya dapat menitahkan nasihat serta ketegasan terhadap isu seperti ini agar mendapat perhatian kerajaan untuk dilaksanakan tindakan sewajarnya.

"Seterusnya membentuk keakuran pihak berkaitan agar menghayati teras-teras utama negara, tanpa perlu mencalarkannya," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara perlu menggunakan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang bagi memastikan kedudukan Islam dan hak umat Islam terus terpelihara.
  • MARAN - Kementerian Sumber Manusia masih meneliti untuk memuktamadkan keputusan yang perlu diambil dalam menyelesaikan isu larangan bertudung melibatkan pekerja wanita Islam di hotel.
  • KUALA LUMPUR - Larangan bertudung terhadap pekerja wanita di bahagian kaunter hotel tidak boleh diterima atau dirunding kerana ia satu penghinaan yang melanggar tiga perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan digesa mengadakan pertemuan dengan semua pengusaha hotel dinegara ini termasuk yang bertaraf antarabangsa.
  • SHAH ALAM - Persatuan Hotel Malaysia (MAH) tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menentukan peraturan atau polisi agar diikuti hotel-hotel di negara ini, termasuk polisi pemakaian tudung bagi pekerja yang bertugas bahagian perkhidmatan pelanggan (frontline).