KUALA LUMPUR - CIMB Group mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi Datuk Mohd Nasir Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB berkuat kuasa Sabtu, 20 Oktober.

Mohd Nasir akan mengambil alih jawatan Datuk Seri Nazir Razak, yang akan meletak jawatan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, CIMB berkata Mohd Nasir telah menjadi ahli Lembaga Pengarah (BOD) kumpulan sejak 2015, dan Pengarah Bebas Kanan sejak April 2016.

“Beliau sudah biasa dengan perniagaan kumpulan dan dikenali dalam kalangan pihak berkepentingan dalaman dan luaran CIMB. Sebagai sebahagian daripada pelantikan ini, Mohd Nasir akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Bebas Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Audit.

“Beliau akan kekal sebagai ahli Jawatankuasa Audit BOD Kumpulan, Jawatankuasa Risiko serta  Jawatankuasa Penamaan dan Ganjaran Kumpulan,” katanya.