PUTRAJAYA - Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, hari ini beliau terharu diberi penghormatan dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu.  
   
"Pelantikan itu oleh Agong. Saya terharu Agong menaruh keyakinan pada diri saya. Saya akan berusaha sedapat mungkin menjalankan tugas sebagai Peguam Negara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.   
   
Mohamed Apandi, Hakim Mahkamah Persekutuan mengambil alih tugas daripada Tan Sri Abdul Gani Patail.
   
Khidmat Abdul Gani sebagai Peguam negara ditamatkan berkuasa 27 Julai atas sebab kesihatan, diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa di Kuala Lumpur hari ini.
   
Mohamed Apandi berkata, fokus kerja beliau adalah menjadi penasihat perundangan kepada kerajaan, Kabinet dan Agong berdasarkan peruntukan Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan.
   
"Saya dapat tahu semalam. Sebelum terima jawatan itu, saya kena letak jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.  
   
"Jadi saya letak jawatan semalam. Saya terima surat pelantikan pada jam 10.30 pagi daripada pejabat KSN," katanya.  - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Singapura dijangka memberi jawapan kepada permohonan Malaysia untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 berhubung Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge sebelum 14 Jun ini, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
  • MELAKA - Jabatan Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai undang-undangnya yang terlibat dengan rasuah, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara masih belum menerima kertas siasatan daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan beberapa organisasi yang menerima dana daripada hartawan George Soros.
  • KUALA LUMPUR - Peguam Negara tidak membuat keputusannya sendiri sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau tidak terhadap seseorang individu, kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ni.
  • KUALA TERENGGANU - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kesan besar sehingga dikatakan turut mewujudkan krisis kepercayaan masyarakat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.