KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan disiasat kerana didakwa menyembunyikan bukti mengenai salah laku dalam siasatan kes 1MDB.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selepas itu kerajaan akan meneliti hasil siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Ketika ini, Peguam Negara telah merendahkan kredibiliti beliau sendiri dengan menyembunyikan bukti salah laku dan ini adalah salah di sisi undang-undang.

Kami perlu berunding dengan pentadbir dan peguam untuk mengetahui sama ada apa yang kami lakukan adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang negara ini,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa Mohamad Apandi juga berkemungkinan tidak akan berada dikedudukan sebagai Peguam Negara dalam jangka masa yang lama.