AUTA
Peringatan Khas dari PDRM...berhati-hati dengan penjual sabun basuh yang datang ke rumah, mereka menyuruh kita menghidu pewangi yang sebenanrya adalah white clay, ubat dadah untuk penenang.... kalau kita terhidu boleh menyebabkan pengsan... tujuan mereka utk merompa/merogol/membunuh... ia sudah berlaku di sibu, kucing, binrulu... Sekarang aktif di Kuala Terengganu. Sekarang mereka sudah masuk kawasan-kawasan timur, Jengka pahang... Panjangkan demi keselamatan org tersayang... Beringat sebelum terkena... Tolong forwards... Ini benar!!! Ingat... Sesiapa yang baca tu...
*sharing is caring*
# JUST COPY PASTE... Tolong sebar kat semua...


FAKTA
KUALA LUMPUR - Maklumat melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan taktik penjenayah menjual pewangi yang mengandungi dadah jenis white clay (ubat penenang) agar dihidu mangsa sebelum mereka dirompak, dirogol atau dibunuh tidak berasas.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner, Datin Asmawati Ahmad berkata, setakat ini polis tidak menerima laporan berkaitan kes itu.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan menghubungi balai polis terdekat jika terkesan sebarang kejadian yang mencurigakan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebar maklumat sedemikian kerana ia boleh membangkitkan kegusaran masyarakat tanpa sebab,” katanya.