KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia mahu mengumpul RM5 juta bagi membantu pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh dan RM1 juta bagi membantu penduduk Islam di Utara Rakhine, Myanmar.

Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata mereka kebimbangan utama mereka ialah berlaku wabak penyakit ekoran keadaan persekitaran yang padat dengan penduduk yang melarikan diri.

“Kami merayu setiap orang untuk menyumbang bagi menjadikan kehidupan di Cox’s Bazar lebih baik,” kata Dr Ahmad Faizal dalam satu kenyataan.

Sumbangan boleh dibuat kepada  ‘Rohingya Relief Fund’ Mercy Malaysia di www.mercy.org.my.

Beliau berkata keperluan yang mendesak di sana ketika ini ialah perkhidmatan kesihatan dengan MERCY Malaysia telah menyediakan bantuan di klinik kesihatan di kem Thangkhali dan Balukhali sejak penghujung bulan lepas.

“Pegawai perubatan  kami di klinik di Thangkhali merawat 100 pesakit setiap hari sementara di kem Balukhali kira-kira pesakit 300 sehari.

“Sehingga kini hampir 7,000 pesakit dirawat kerana cirit birit, sakit kepala, demam atau jangkitan, masalah kulit dan radang perut,” katanya.

Dr Ahmad Faizal berkata Mercy Malaysia juga dalam proses mewujudkan ruang mesra kanak-kanak pelarian di bawah umur 17 tahun yang mengalami kesan tekanan di Myanmar.

Beliau berkata pihaknya akan memfokuskan kepada pusat kesihatan di kawasan Sambungan Kutupalong Blok D yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan.

“Turut dirancang ialah sistem klinikal yang sempurna dan sistem rujukan bagi merujuk pesakit dengan keadaan kronik ke pusat rujukan seperti Hospital Besar Cox’s Bazar,” katanya. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta menyediakan laluan selamat dan perlindungan kepada orang awam yang akan meninggalkan Aleppo timur, Syria, kata Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).
  • KUALA LUMPUR - Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) hari ini berjaya memasuki Gaza, Palestin, melalui sempadan Rafah di Mesir bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah itu.
  • MACHANG - Mercy Malaysia menyasarkan untuk membina 100 buah rumah sementara di Kuala Krai dan Gua Musang bagi membantu mangsa banjir di negeri ini kembali memulakan kehidupan mereka.
  • KUALA LUMPUR - - Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) menghantar pasukannya ke Turki dan Lubnan untuk meninjau keperluan rakyat Syria yang menjadi pelarian di sana akibat sengketa berterusan di negara mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.