SHAH ALAM - Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menimbulkan banyak persoalan daripada pihak pembangkang.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat perkara yang diragui dalam perjumpaan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

"Mengapa Malaysia ingin memperkukuhkan Amerika? Apakah impak kita jika ada pun dalam perkara ini? Adalah aneh untuk kita melabur dalam infrastruktur Amerika tetapi meminta pelaburan untuk projek di negara kita sendiri daripada China.

"Selain itu, meskipun sememangnya kita tidak mempersoalkan kenyataan Najib bahawa Malaysia 'komited memerangi Daesh dan lain-lain' namun berdasarkan catatan Rumah Putih, isu Palestin dan Rohingya tidak disebut di dalam pertemuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Najib dan  Trump mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri-menteri dan pegawai kanan masing-masing sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khazanah, KWSP tingkat pelaburan di AS]

Kunjungan Najib ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsung lebih sejam.

Turut dibangkitkan  Nik Nazmi, adalah isu penginapan Najib di AS.

"Washington Post juga melaporkan bahawa PM menginap di Trump International Hotel di Washington DC. Berapa banyakkah kos penginapan ini, yang ditanggung pembayar cukai Malaysia?

"Persoalannya, timbul sama ada sesuai untuk delegasi Malaysia ditempatkan di hotel tersebut, justeru, Najib dan pentadbirannya mesti menjawab persoalan-persoalan ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan penghargaannya kepada Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan atas sumbangan besar beliau (Pairin) dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) membangunkan Sabah dan negara ini.
  • PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju setanding negeri-negeri lain di Malaysia.
  • PUTRAJAYA - Kesederhanaan atau Wasatiyyah bukanlah hanya sebahagian daripada tradisi Malaysia tetapi ia merupakan keperluan bagi rakyat negara ini yang mempunyai pelbagai kepercayaan dan etnik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  • PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Zayed Al-Nahyan membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di sini, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Hospital swasta di negara ini mempunyai peranan sebagai pemangkin kepada usaha perpaduan nasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.