KUALA LUMPUR - Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.

Ini berikutan tiada seorangpun pegawai termasuk jurucakap kedutaan Ri Tong-il telah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau bercakap kepada media sejak 18 Februari.

Jong-nam dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari​ lepas ketika menunggu penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang menyapu mukanya dengan bahan kimia yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Kedua-dua wanita itu, seorang warga Vietnam dan seorang lagi rakyat Indonesia telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan membunuh.

Wartawan agensi berita Korea Selatan Yonhap, Harrison Choi Hyun-seok berkata bagi agensi itu, kes tersebut dianggap telah selesai dan mereka akan pulang tidak lama lagi.

'Kami berada di sini sejak hari pertama, malah cuba mengesan keluarga Jong-nam di Macau. Kita tidak tahu bila mayatnya akan dituntut oleh keluarga dan kemungkinan, mereka langsung tidak akan menuntutnya," kata beliau.

Sebelum itu, wartawan antarabangsa dan tempatan akan berkumpul di luar kedutaan sehingga 11 malam dan berada di sana seawal jam 8 pagi tetapi sekarang, tidak sampai 10 orang wartawan menunggu setiap hari dan kesemua mereka akan meninggalan perkarangan kedutaan kira-kira 7 malam.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang memburu beberapa lagi individu untuk membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam termasuk tiga warga Korea Utara yang dipercayai bersembunyi di kedutaan tersebut. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara, kata Ketua Delegasi Korps Alumni Himpunan Mahasiswa (KAHMI) Forever Jalan Sihat, Ferry Murshidan Bardan.
  • KUALA LUMPUR - Kebebasan media di negara ini pada masa ini adalah lebih baik tanpa sebarang kongkongan atau agenda yang ditentukan lebih awal, terutama selepas berakhirnya era pentadbiran bekas pemimpin negara yang paling lama memerintah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • KUALA LUMPUR - Kepentingan media sosial kepada pelajar tidak dapat dinafikan, khususnya dalam mendapat informasi dan maklumat terkini.
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau kehadiran akaun-akaun media sosial palsu serta menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • BESTARI JAYA - Kebangkitan media digital yang terlalu pantas membunuh media cetak pada hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.